#sukusukuseparuh

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438h kepada semua readers Nourish You! Maaf zahir dan Batin ya andai ada tersalah silap, dan agak sepi aje blog kebelakangan ni.

Hari ni dah masuk 10 Syawal, jom survey sikit. Sila jawab soalan ini dengan jujur ya!

" Dah berapa banyak rumah terbuka awak awak dah attend?"

Memang tak meriah lah kan kalau beraya tanpa Open House kan. Macam mana nak kekalkan diet sihat sepanjang musim perayaan kalau terlalu banyak juadah tersedia ye?

Apa kata anda amalkan konsep #sukusukuseparuh semasa beraya tahun ni. Apa itu konsep #sukusukuseparuh?

#sukusukuseparuh sebenarnya merupakan satu kempen Makan Secara Sihat yang dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia untuk mengambil makanan secara sihat, dan seimbang. Bagaimana caranya untuk amalkan konsep #sukusukuseparuh?

Jom follow gambar berikut :


Suku:
Ikan, Ayam, Daging dan Kekacang
Nasi, Mee, Roti, Bijirin, Produk Bijirin dan Ubi

Separuh:
Buah-buahan dan Sayur-sayuran

Pastikan anda tidak lupa untuk minum air masak secukupnya dan kurangkan pengambilan makanan/ minuman bergula ya!

Ringkas bukan? #sukusukuseparuh ni bukan sahaja diamalkan untuk Open House sahaja tau! Jom amalkan setiap hari untuk pemakanan lebih sihat ! 

Jom #sukusukuseparuh?

Nurfiza.AS

Share on Google Plus

About Nur Fiza

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment